membesarkan hantu

Salah satu spesis hantu ialah hantu raya. Besar agaknya hantu ni, macam saiz balai raya. Itu sebab dinamakan raya. Macam jugak la Hari Raya, hari yang dibesarkan oleh orang yang menyambutnya. Dalam sesetengah masyarakat, ada sambutan yang membesarkan hantu. Bukan setakat hantu raya; malah hantu jerangkung, polong, dan lain2 hantu yang belum diberi nama saintifik.




























Lihat saja contoh di atas. Dalam permainan Pet Society dan Farmville, pemain ditawarkan barang2 yang berkaitan dengan sambutan perayaan hantu ini. 'Coins' yang telah diusahakan dalam permainan ini boleh diguna untuk 'membeli' barang2 tersebut untuk kegunaan sendiri atau dihadiahkan kepada pemain lain.

Hari ini bertuah dapat membaca sebuah artikel tentang Halloween di SaifulIslam.com. Kata ustaz Hasrizal, "meraikan Halloween itu melucutkan jati diri Muslim, dan meniru identiti kaum yang mensyirikkan Allah dan meraikan kufur sebagai gurau senda harian."

Bersetuju benar dengan pemikiran beliau itu. Mengapa pulak kita nak turut serta meraikan 'syiar' Halloween dan paganism? Amalan 'trick-or-treat' itu boleh dinisbahkan kepada ibadah yang mana satu? Kias apa yang merasionalkan sambutan membesar-besarkan hantu? Banyakkah faedah kepada amal dan iman dengan menconteng muka dan berpakaian seperti hantu? Mulia sangatkah hantu untuk dibuat perayaan?

Perbuatan mengagung-agungkan hantu atau makhluk halus dalam masyarakat Melayu memang ada. Malah, sebelum terdengar sambutan Halloween, orang Melayu telah lebih dahulu 'berinteraksi' dengan hantu samaada melalui ritual yang bertujuan 'berbaik-baik' dengan hantu supaya hantu tidak mengacau manusia. Ada juga yang berinteraksi dengan hantu untuk mendapatkan nombor ekor. Tak kurang yang 'mengupah' hantu untuk mencuri duit atau mengusahakan sawah ladang. Keakraban Melayu dengan hantu memang telah wujud. Malah, hantu juga dijadikan bahan hiburan dan lawak jenaka. Lihat saja berapa banyak filem dan cerita hantu yang ada di pasaran.

Halloween mungkin merupakan ujian baru terhadap sensitiviti Melayu Muslim dalam hubungan mereka dengan Allah s.w.t. Di saat amalan-berkaitan-hantu makin pudar di kalangan Melayu, datang pula amalan Halloween menyerang. Jika ritual dahulu kala penuh misteri dan jampi serapah, Halloween pula datang dengan pakej yang lebih santai dan menarik. Hantu 'dipasarkan' dengan nilai komersil. Lihatlah berapa gigih syarikat seperti Tesco, Sainsbury, dan Asda mengiklankan Halloween. Hantu pelesit, pocong dan toyol mungkin kurang komersil. Tapi, Halloween yang berhantu lebih mudah menembusi pasaran. Product positioning ini mungkin boleh menjelaskan betapa Halloween makin meresap dalam jiwa orang Malaysia. Betapa pandainya pemasar-pemasar ini menjual idea mereka.

Kitakah pelanggannya?


Comments