Picnic di Corsington


Hari Sabtu; hari yang dinanti2 sejak hari Jumaat. Dengan sokongan dan rancangan yang baik dari kawan-kawan, berlangsunglah acara picnic di Corsington Water di Derbyshire. Cantik tempatnya.
Sebaik sampai, kami memenuhkan meja picnic dengan makanan masing-masing. Menu pagi tu termasuklah nasi lemak, bihun goreng, keropok, lepat pisang, dan beberapa jajan yang terlebih dari cukup untuk 10 orang.
Lepas sarapan, kami pergi berjalan ke tepi tasik/empangan. Cantik juga tempatnya. Ada beberapa kemudahan untuk pengunjung seperti mainan untuk kanak2. Untuk mak dan bapak budak ni, ada water sports. Kami memilih untuk bersampan. Satu sampan boleh muat 5 orang, Bayarannya GBP10 untuk setengah jam berdayung.
Merasa la jugak berdayung setelah sekian lama tak pegang dayung. Nampak sangat kurang kepakaran mendayung....berpusing2 sampan dibuatnya. Kerjasama dengan Afizan menampakkan hasil yang agak baik. Berjaya juga mengawal sampan dan kembali ke 'pelabuhan' di penghujung tempoh sewaan.
Selepas berdayung, perut lapar semula. Apa lagi...makanan masih banyak; belasah cukup2. Solat zuhur disempurnakan di atas padang. Rasa selesa saja solat di tempat awam. Terasa kebebasan beragama di bumi UK ni. Di Malaysia pun ada orang kurang selesa nak menzahirkan keIslaman mereka. Bila bertudung, solat, atau 'buat baik', ada la pulak orang yang kutuk, tegur, perli atau membisakan sinis. Lebih mudah nak jadi Islam di negara bukan Islam.
Lepas rehat-rehat, kami mencari aktiviti fizikal semula. Acara berbasikal dibincangkan, tetapi tidak dilaksanakan kerana kesuntukan masa. Permainan yang memang dah ada dalam kepala diluahkan. Fara bermurah hati untuk meminjamkan kasut (brand Clarks tu!) untuk permainan tuju kasut.
Lamanya dah tak main tuju kasut. Menuju kasut tu agak mudah. Yang mendatangkan lelah ialah berlari dan mengejar. Semput dibuatnya. Termengah2 apabila selesai setiap pusingan permainan. Tapi, yang pentingnya, terasa seronok dan puas. Jadi budak2 sekejap. Dalam perjalanan balik ke rumah, penat mengatasi kecelikan mata. Tido tak sedar apa....properly tired. Bahkan, sampai saat menulis entry ini, badan masih sakit2. Tangan rasa bengkak dek berdayung. Betis rasa sengal2 sebab berlari. Hahahha....baru la betul2 enjoy weekend.

Comments

best duk negara org ni.. pelbagai yg dpt dipelajari & diamati.. cthnye, di Jordan ni, bila masuk waktu solat, xkesah je solat di mana, kkdang di tp jalan.. Allahu Akbar..

tuju kasut? bukan ke baling selipar? :D pelbagai nama, mmg best jadi bdk2 sekali sekala..
dua2 tu boleh. Throw shoes pun boleh gak.