Wednesday, September 24, 2014

Produk Shaklee Tahan Berapa Lama?


Salah satu soalan yang kerap diterima tentant produk Shaklee ialah, "Vitamin ni tahan berapa lama?"

Kalau ikutkan, ada beberapa jawapan yang boleh diberi:

1. Kalau simpan je, tahan bertahun-tahun, sampai tarikh expired. (ni kekadang kena diri sendiri: lupa nak makan sampai barang buruk begitu je)
2. Kalau makan ikut keperluan, maka ikut keperluan itu jugalah tahannya. Sebagai contoh, serving yang dinasihatkan untuk Omega ialah 3 biji sehari. Maka, sebotol Omega akan tahan sebulan. Tapi, kalau sekadar nak top-up minyak ikan dengan satu kapsul je sehari, maka Omega tu tahan sampai 3 bulan.
3. Kalau makan seorang, maka akan tahan lebih lama berbanding kalau makan ramai-ramai. (logik kan jawapan ni?)
4. Kalau makan ikut nilai sajian dalam buku Panduan Produk 2013, maka setiap produk akan mempunyai jangkahayat (sebelum habis dingap) mengikut graf yang ditunjukkan di atas.

Kalau tengok graf tu, vitamin yang paling tahan ialah Sustained Release Vita C Plus: setengah tahun! Memang sangat berbaloi. Kalau risau Vit C tu masuk angin, maka makanlah ramai-ramai, makan sampai 3 biji sehari, atau tepek kat muka sebagai masker seminggu dua kali.


No comments: