Saturday, June 07, 2014

Rahsia nampak muda untuk lelaki

Rahsia ke? Tak kot. Tapi, bagi yang belum tahu, ni teman nak kaborkan rahsia untuk nampak lebih muda. Teknik ni berkesan untuk teman. Untuk orang lain tak tau le. Kalau kome nak cuba, silakan. Bukannya tak pernah buat pun.

Kalau teman tengok cermin dan rasa nampak tua, teman pegi gunting rambut. Potong pendek-pendek. Hahahah... itu je rahsianya. Kalau dedulu, bila lepas bergunting tu, memang terasa benor bertambah mudanya. Sebab rambut teman ni jenis kembang kalau panjang. Bila kembang tu, muka nampak kecut gamaknya. Jadi, bila dah bergunting, muka nampak lebih fresh dan muda.

Kalau dedulu, bila gunting rambut, elok hitam je rambut yang jatuh atas kain pelapik tu. Tapi, makin lama, dah jadi warna lada hitam ditumbuk. Maklum le, dah makin banyak uban. Tak lama lagi, warna lada sulah pulak gamaknya. Kesan kemudaan lepas bergunting pun dah makin kurang. Sebab umur dah makin lanjut. Ate... normal la gitu.

Kalau nak nampak muda juga, bawak2 le bersenam mana yang patut. Bagi darah bergerak ke seluruh anggota badan. Bila cukup oksigen di seluruh badan, insyaAllah rasa lebih segar. Time itu, tak kira la nampak muda ke tidak. Yang penting, RASA lebih muda.  Selain tu, makanan pun kena jaga juga. Elakkan le makan makanan yang beri kita nampak cepat tua. Makanan yang banyak lemak dan berminyak tu boleh 'mengembangkan' badan. Usah le makan banyak-banyak makanan yang rupa itu. Cari yang lebih baik .... toyyiban kata ustaz.

Kalau nak RASA lebih muda lagi, makan makanan tambahan Shaklee. Hehehe. Yang itu pun bukan satu rahsia besor. Teman boleh kabor kalau kome nak tau.

No comments: