Monday, January 20, 2014

Kedai online

Pada sesetengah orang yang bekerja, hari Isnin ialah hari mengeluh 'Monday blues'. Mana tidaknya, dah seronok-seronok bercuti, lepak, tido dan shopping hari Sabtu dan Ahad, kena datang ofis pulak. Tak puas bersukaria la tu.

Apapun, Monday blues bukan alasan untuk tidak bekerja. Hari ni, satu sejarah ( ..sejarah la sangat, kan?) tercipta. 'Kedai Pak Alang' telah dibuka dengan jayanya di Facebook pada petang Isnin, lepas solat asar. Kedai online ni mudah je nak set up. Tak sampai sejam dah siap. Tak payah susah payah angkat signboard atau ketuk paku.
Photo credit: UtopiaHomeAndGardends via Pinterest

Kedai Pak Alang ni ada jual produk Shaklee. Senang sket kenkawan kat FB nak jenguk dan pilih barang. Mudah-mudahan pembukaan kedai ni memudahkan lagi rezeki masuk berduyun-duyun. Amin.

Kalau nak tambah income, mana boleh layan Monday blues. Kerja dengan penuh semanat, dedikasi dan tawadhuk.

p/s Kat Kelantan, ada Sunday blues ke?

No comments: