Tuesday, January 21, 2014

Harga Kereta Mazda CX5

Gambar diambil dari cx5.com.my, laman rasmi Mazda
Harga kereta akan turun. Letak penekanan kuat-kuat pada AKAN. Maknanya, belum lagi turun. Dan mengikut kata menteri yang umumkan National Automotive Policy 2014 semalam, excise duty untuk kereta masih kekal. Belum lagi nak turun.

Maknanya, Mazda CX5 yang sekarang ni berhaga antara RM136k hingga RM154k masih di luar jangkauan. Tapi kereta yang cun ni dah pun masuk senarai impian. Inilah kereta yang mahu dibeli dengan tabung kereta Shaklee. Kena usaha kuat-kuat dan berterusan untuk layak dapat tabung kereta.

Konsep tabung kereta ni bukan macam tabung arnab atau tabung buluh. Bukannya Shaklee yang simpan duit korang tu, atau paksa korang beli kereta. Tiap-tiap bulan, bila mencapai kelayakan yang ditetapkan, korang akan dapat duit di bawah label 'tabung kereta'. Label je. Tapi, kalau korang nak gunakan untuk beli motorsikal, rumah, phone, mahupun arnab, dipersilakan.

Penuhlah rumah dengan arnab kalau korang beli guna duit tabung kereta Shaklee. Banyak boleh beli woo..

No comments: