Thursday, January 09, 2014

Green Ranger dan Lemak Jahat

Tahun ini Green Ranger dah berusia 30 tahun. Walaupun badannya masih nampak fit dan berketul-ketul, Green Ranger mula rasa cepat letih, kurang bertenaga, dan ngantuk. Atas cadangan kawannya, Red Ranger, dia pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan. Bila dah check blood pressure, air kencing, darah, dan macam2 check lagi... keputusan pun didapati.

Terkejut siamang si Green Ranger bila dia diberitahu tahap kolesterolnya tinggi.

"Saya slim la doktor! Bukan gemuk. BMI saya ok je. Tak kan kolesterol tinggi?" Green Ranger tak puas hati dengan berita yang disampaikan oleh tuan doktor.
"Kalau tak percaya, awak buat blood test sendiri," kata Doktor yang sombong mengalahkan Lord Zedd dari season 2 dan 3 siri Mighty Morphin Power Ranger.
"Cakap kasar nampak!" balas Green Ranger.
"Kalau nak kasi turun, pergi kaunter farmasi, ambil UBAT" kata tuan Doktor tu lagi.

"Gua tak nak makan ubat. Tak macholah kena makan ubat" kata Green Ranger

Sejak dari hari tu, Green Ranger pun aktif mencari rawatan alternatif - kebetulan tidak sibuk melawan monster yang sedang mogok sebab tak dapat gaji dari Lord Zedd. Dia tahu, dia susah nak control makanan. Kalau dia masak sendiri tiap-tiap hari pun mesti ada bahan berkolesterol tinggi yang dia lahap. Tambah pulak kalau musim kenduri. Masa tu lah pesta kolesterol bersepah-sepah. Tahap kolersterol boleh naik mencanak-canak. Mana taknya, segala jenis daging, ayam, telur, dan lemak jadi hidangan biasa.

Ditakdirkan, pada satu hari, Green Ranger surf internet, berjalan dari satu blog ke blog yang lain. Dia tersangkut di pakalang.blogspot.com. Dia tertarik dengan post pasal alfalfa yang ada kat blog tu. Kemudian, dia laju-laju contact tuan punya blog, Dr H, untuk tanya lebih lanjut.


"Penat jugak blogwalking ni"
Sembang-punya sembang, Green Ranger mula faham kelebihan alfalfa. Banyak maklumat yg dia tahu. Alfalfa boleh tolong kasi TURUN lemak jahat (LDL - kolesterol), gula, bahan toksik dalam badan, dan sakit-sakit sendi. Dia jugak boleh kasi NAIK tahap imun, kemantapan prostat (penting utk Green Ranger - kanser prostat salah satu masalah utama lelaki di Malaysia), dan jumlah susu (penting untuk isteri Green Ranger yang masih menyusukan anak kecik).
"Sebelum ni tak pernah dengar pun pasal alfalfa. Sekarang baru pakcik tau!"
Lepas dapat konsultasi percuma dari Dr H, Green Ranger pun beli sebotol. Tak mahal mana pun. Beli sebotol saiz kecik...boleh tahan sebulan lebih. Kalau lawan monster sesenang beli alfalfa Shaklee, pupus la semua monster kat muka bumi ni.

"Wah. Hensem gak botol alfalfa ni"
Green Ranger teruja dapat sebotol alfalfa dengan harga special Januaru 2014 daripada encik posmen. Dia pun ambil sebiji. Ada bau herba. "Baik aku makan lepas dinner jap lagi, katanya".

"Dengan alfalfa ni, aku akan melawan lemak jahat!"
Begitulah yang Green Ranger buat setiap hari. Dia tekun makan alfalfa untuk lawan lemak jahat dalam badannya. Selepas beberapa lama, dan setelah turut makan beberapa produk Shaklee yang power-power tu (ada diceritakan dalam siri yang lain - akan datang), Green Ranger buat pemeriksaan darah sekali lagi.

"Yeay! Dah turun!"
Takbir! Seronok betul Green Ranger bila usahanya dah berhasil.
"Kita ikhtiar, Allah yang tentukan," kata Green Ranger dengan penuh rendah diri dan tawadhuk. Lepas dia cakap tu, dia pun cepat-cepat cari kain pelekat untuk cover badan mana yang patut.

Kalau encik-encik dan puan-puan nak angkat tangan macam Green Ranger, cepat-cepat contact Dr H untuk order alfalfa. Harga promosi untuk tempoh terhad je. Go Go Power Rangers!


4 comments:

Ainul Mustafa said...

Comelnyer model

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

saya suka hijau

Harris Shah Abd Hamid said...

Boleh buat siri komik ni. Ranger kuning untuk Vitamin B Complex. :-)

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

hooo mantap,